Generasi yang didamba…
Generasi yang didamba…
Berulang-ulang kedengaran. Namun tidak sampai ke hati. Bagaimana mungkin ia mampu mendidik generasi yang lebih baik? Insan-insan yang dekat dengan Rabbnya, pasti akan melahirkan dan mendidik pewaris yang juga akan dekat dengan Rabbnya. Iman tidak diwarisi, benar. Tetapi perlu usaha dan istiqamah di dalamnya. Sentiasa penghujung kepada sebarang perkara kita serahkan ketetapannya kepada Allah SWT.
Lingkungan kejiranan yang baik pasti akan mempengaruhi seisi penghuni di sekitarnya. Begitu jugalah generasi kini yang terdidik, akan melahirkan generasi seterusnya yang juga terdidik. Ia kitaran proses yang berpanjangan tanpa kenal erti lelah.
(Qurban) adalah haiwan yang disembelih yang terdiri daripada unta, lembu, biri-biri dan kambing untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala pada hari raya (Aidiladha) dan hari-hari tasyrik.(Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie 477/2)
Di sebalik ibadah Qurban itu, banyak fadilatnya seperti ibadah lain. Tidak terkecuali. Dan istimewa kerana dikhususkan pelaksanaannya. Hanya pada hari tertentu dalam setahun. Seperti mana istimewanya Ramadan hanya sebulan dalam setahun. Dan istimewanya Lailatul Qadar, malam yang istimewa dalam setahun. Di dalamnya Allah selitkan ibadah yang boleh kita laksanakan sebagai jalan mendekatkan diri kepadaNya.
Aidiladha bakal menjelang tidak lama lagi. Ingatlah amalan yang paling Allah suka dan syiar yang Allah gariskan dalam meraikan Aidiladha. Peringatan awal ini buat kita semua agar ada titik baru bagi kesedaran umat Islam. Biar tidak selamanya ibadah itu dipandang sepi hanya kerana ia sunat semata-mata. Kita terlupa, ia sunat muakkad. Sunat yang hampir dekat dengan wajib.
Jika tidak mampu kita laksanakan dengan harga yang tinggi di Masjid-masjid atau lokasi tempatan, daftarlah bersama institusi perkhidmatan yang boleh melaksanakannya di luar negara dengan harga yang kita mampu. Ikhtiarlah agar ibadah tersebut mampu dilaksanakan setiap tahun walau dengan berkongsi satu bahagian Qurban bersama ahli keluarga yang lain.
#nhm
#qurban
#infoqurban
